Pengenalan Kepada Pentadbiran Kontrak
Pentadbiran Kontrak
Sebagai sebuah organisasi teknikal terbesar Negara, pentadbiran kontrak adalah merupakan satu bidang utama JKR dalam mengendalikan kontrak pembinaan untuk projek-projek pembangunan infrastruktur Negara.
Journal pentadbiran kontrak ini adalah bertujuan memberi pemahaman asas terhadap kontrak serta proses-proses yang terlibat dalam pelaksanaan projek pembinaan bagi mewujudkan tadbir urus sesuatu kontrak dengan baik.
Berikut antara Borang Piawai Syarat-Syarat Kontrak JKR:
PWD Form 203A (Rev.1/2010)
PWD Form 203N (Rev.1/2010)
PWD Form 203P (Rev.1/2010)
PWD Form DB (Rev.1/2010)
PWD Form FMM (2016)
PWD 203 CEWI (1/84 Edition): International Civil Engineering Contracts (Locally Funded Projects)
Borang kontrak piawai boleh digunakan dalam pelaksanaan projek tanpa perlu merujuk kepada Peguam Negara atau Penasihat Undang-Undang. Nasihat daripada Peguam Negara atau Penasihat Undang-Undang adalah perlu sekiranya:
- Pindaan matan dibuat ke atas terma dan syarat kontrak;
- Melibatkan implikasi undang-undang walaupun melibatkan kontrak yang kecil nilainya; dan
- Kontrak itu memasukkan prinsip atau dasar baharu atau suatu jenis perkhidmatan yang belum pernah dibuat kontrak.
Sebelum kita lihat secara terperinci ruang lingkup pentadbiran kontrak, kita seharusnya tahu apakah yang dimaksudkan dengan "KONTRAK".
Takrif Kontrak
Di bawah Seksyen 2(h), Akta Kontrak 1950 (Pindaan 1976), perkataan kontrak ditakrifkan sebagai:
"suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah satu kontrak"
Skop Pentadbiran Kontrak di dalam pelaksanaan projek meliputi beberapa topik seperti berikut:
- Insurans
- Bon Pelaksanaan
- Pemilikan Tapak Bina
- Penyeliaan, Pemantauan Kemajuan dan Rekod Tapak Bina
- Bayaran Pendahuluan
Dokumen Kontrak- Bayaran Interim
- Perubahan Kerja
- Pengukuran Kuantiti Sementara
- Pelarasan Harga Kontrak
- Wang Peruntukan Sementara
- Wang Kos Prima
- Subkontraktor Dinamakan dan Pembekal Dinamakan
- Kelewatan Dan Lanjutan Masa
- Tuntutan Kerugian dan Perbelanjaan Tambahan
- Kerja Tidak Siap
- Penamatan Kontrak
- Penyiapan Kerja, Penyerahan Kerja dan Kecacatan
- Akaun Muktamad
Semua subtopik di atas akan dibincangkan secara berasingan.
Rujukan:
Buku Panduan Pentadbiran Kontrak CKUB
Comments
Post a Comment